Ziarah D'Jordan

Destinasi kami yang kedua dalam trip ke Timur tengah bermula di bumi Jordan. Di sini kami di sambut oleh pegawai MSD tak ingatlah nama dia. Tapi yang aku ingat beliau berasal dari Sabah ba. Di Jordan ni kami di bawa melawat ke Gua Ashabul Kahfi, kebetulan di sana ada Dato' Duta Malaysia di sana. sempat la bergambar dengan dia di sana. dapat la tengok dan berendam dalam laut mati. memang terlalu masin. Di laut mati tu orang yang tak tahu berenang pun boleh terapunglan diri. Macam akulah tu. Kami dibawa bersiar ke Gua Ashabul Kahfi, laut Mati,











Ziarah D'Mesir

Ini pengalaman berharga aku & Family. Sebenarnya ini trip ke MSD Mesir. Setibanya kami di sana anak-anak murid batch 2002 dah meunggu di lapangan terbang di samping pegawai MSD sekali. Jumpa bebudak tu pegawai MSD agak terkejut gak sebab bebudak tu pun ada sama. Yang menunggu Afzan, Azizi, siti Hajar dan yang lain aku tak ingat.

aku pesan pada Afzan n Azizi kami menginap di Hotel mana entah aku pun dah lupa. tapi pesan nanti juma di Hotel je. Kami dibawa menaiki MPV pegawai MSD ke hotel tepi sungai nil. Cantik gak.

Sebenarnya ini trip kami dari Jordan. Selepas ini kami nak ke Jeddah pulak nak tengok MSD/Kedutaan di sana. Masa Umi pergi ke pejabat, abi dan amir pergi melawat ke tempat-temapt bersejaran seperti Masjid hussain, Masjid Al-Azhar, Kota Salahuddin Al-Ayubi, Muzium Polis/tentera yang di taja oleh anak-anak muridku disana. Pemandu Pelancongnya terdiri daripada Afzan, Azizi, Asrul, Afiq, ada lagila aku pun tak ingat nama mereka. tapi, terima kasih banyak kepada mereka semua. Walaupun hajat tak sampai nak belajar di sana, dapat pergi melawat pun dah cukup baik dah.
tengokla gambar minum jus buah depan universiti Al-Azhar yang ditaja oleh Azizi hehe.
Sebenarnya aku terharu gak sebab kat sekolah dulu dorang ni antara pelajar aku yang agak nakal jugak lah. Tapi bila aku ym dengan afzan yang aku nak ke mesir dia boleh sambut dan layan aku camtu tu, haru kau.
Anyway, thanks u all. Kenangan berada disana memang tak akan dilupakan.

Cruise Putrajaya

Renungan

Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri... DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayatilah pemberian dr ALLAH S.W.T.. 5:02 5/25 Daripada ‘Auf bin Malik r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: “Umat Yahudi telah berpecah belah menjadi 71 golongan,maka hanya satu golongan sahaja yg masuk syurga & yg 70 lagi masuk neraka.Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi 72 golongan,maka 71 golongan masuk neraka dan hanya satu yg masuk syurga.Demi Tuhan yg diriku di dalam kekuasaan-Nya,umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan

Cruise Putrajaya

Dah lama teringin nak naik selalu dok pandang je. Hari tu lepas tengok belon panas, kami sekeluarga naik cruise sebab ada diskaun. kalau tak mahu RM100 satu keluarga. bolehlah. Kalau Masa di Mesir hari tu dah naik, tak kan di negara sendiri tak naikkan. Best!!!!!!!!






Belon Panas



Hari tu kami sekeluarga pergi ke Putrajaya sempena Pameran belon panas yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Seronok juga bila tengok. teringin nak naik. tapi kalau nak tahu, orang yang beratur nak naik tu dah datang seawal jam 4 pagi. Kaunter pula mula beroperasi jam 8 pagi dan terhad kepada tak tahulah mungkin dalam 30 orang kot. yang seronoknya bila tengok banyak belon panas tu. Aku ambil kesempatan ambil gambar belon-belon tu apabila diberikan kebenaran masuk bagi sesiapa yang ada kamera dslr sahaja. Haru tu.









Ini antara photoshoot aku yang cantik